Wednesday, May 27, 2009
Ustaz Nasir Ibrahim...dalam kenangan
KENANGAN DI PANTAI PASIR TENGKORAK BERSAMA AMMU DIYAUDDIN ...KURSUS KENAIKAN PANGKAT SARJAN TKRS DAERAH LANGKAWI 2007
Pada 25 Mei yang lalu..hampir setahun Arwah Ustaz Nasir meninggalkan baba dan rakan²...kata baba, baba datang ke Langkawi sebagai guru j-qaf pada tahun 2005 bersama ammu Rokhaimi, Ammu Aizul, Ammu Malik, Ammu Diyauddin, Ammu Bashir...Ustaz Nasir di tempatkan di SK Kelibang...tinggalserumah dengan baba dan ammu Aizul di kompleks guru kuah sebelum dihalau keluar oleh PPD...maklumla masa tu belum habis maktab lagi..rasanya rumah tu sampai sekarang pun tak dak orang duduk..Masa tu semua masih bujang....sekarang semua dah ada anak....Ustaz Nasir seorang yang baik...tak berkira dengan kawan²...tak kedekut...cepat memberi pertolongan....Al-Fatihah buat Ustaz Nasir bin Ibrahim...
Tuesday, May 19, 2009
Amal Sedih...
Jumaat minggu lepas, Amal terlepas naik kapal Navy sebab baba dan mama balik kampung...mama kena pi BIG kat Lumut...so, Amal ke dok dengan maktok Normah kat Mergong...kawan Amal, adawiyah berpeluang naik...takpa, nanti ada rezeki, baba bawa amal naik kapal Terbang MIG 29 atau sokhoi...entah bila latu...
Monday, May 18, 2009
Selamat Hari Guru
Selamat Hari guru buat guru-guruku di :
Taski ABIM,1986-1987
Sek.Keb.Mergong 1988-1993
Kelas Al-Quran Masjid Mergong 1989-1993
Maktab Mahmud Putra Alor Star 1994-1999
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri1999-2000
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur 2000-2004
Maktab Perguruan Perlis 2005-2006
Jasa kalian akan ku ingat hingga akhir hayatku.....Terima Kasih Guru....
Kelas Al-Quran Masjid Mergong 1989-1993
Tahun 6 Hijau SK Mergong 1993
Tingkatan 3 A Maktab Mahmud Alor Star 1996
Tingkatan 5 Ikhlas maktab Mahmud Alor Star 1998
Ustaz-ustaz Maahad yang memberi mutiara Ilmu kepada Baba
Pra U 1A Maktab Mahmud 1999
Jamuan Perpisahan Pra U 1999
Kadet Polis Di Raja Malaysia Platun 5 Maktab Mahmud 1997
Bangunan A..Kelas baba, Ammu Rokhaimi, Ammu Badie masa form 1, form 3 and form 4
Taski ABIM,1986-1987
Sek.Keb.Mergong 1988-1993
Kelas Al-Quran Masjid Mergong 1989-1993
Maktab Mahmud Putra Alor Star 1994-1999
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri1999-2000
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur 2000-2004
Maktab Perguruan Perlis 2005-2006
Jasa kalian akan ku ingat hingga akhir hayatku.....Terima Kasih Guru....
Kelas Al-Quran Masjid Mergong 1989-1993
Tahun 6 Hijau SK Mergong 1993
Tingkatan 3 A Maktab Mahmud Alor Star 1996
Tingkatan 5 Ikhlas maktab Mahmud Alor Star 1998
Ustaz-ustaz Maahad yang memberi mutiara Ilmu kepada Baba
Pra U 1A Maktab Mahmud 1999
Jamuan Perpisahan Pra U 1999
Kadet Polis Di Raja Malaysia Platun 5 Maktab Mahmud 1997
Bangunan A..Kelas baba, Ammu Rokhaimi, Ammu Badie masa form 1, form 3 and form 4
Monday, May 4, 2009
Cuti Hari Pekerja....
Sunday, May 3, 2009
Peristiwa Natrah mungkin berulang
Sepanjang dalam feri,masa pulang dari rumah maktok kat alor setar, baba sembang dengan mama, kata baba, Peristiwa Natrah mungkin berulang.....
Sebagai seorang muslim, baba cukup kecewa dengan keputusan kabinet baru2 ini...dalam hal membesarkan anak di bawah umur mengikut agama asal ibu bapanya.
Untuk mereka yang masih muda, tidak ramai yang mengetahui berkenaan tragedi Natrah. Pada tahun 1950 umat Islam telah melakukan bantahan besar demi menyelamatkan agama dan maruah Islam. Kes ini terjadi kerana Mansor Adabi seorang guru berusia 22 tahun menikahi Natrah yang merupakan anak angkat Che Aminah. Natrah asalnya berketurunan Belanda. Mahkamah penjajah British waktu itu; memutuskan tujuan pernikahan ini untuk menyelamatkan Natrah daripada dibicarakan semula di Singapura, kerana itu Natrah di'rampas' dan diletakkan di gereja.
Peristiwa tersebut juga menyebabkan Karim Ghani ditahan oleh polis dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. 'Nadra Appeal Committe' segera ditubuhkan di Singapura. Dan pada Ogos 1951 - Sept 1952, Profesor Dr. Burhanuddin al-Helmy, presiden Parti Islam SeMalaya (PAS) ditahan di Pulau Sekijang, Singapura kerana dituduh menjadi 'dalang' dan pencetus rusuhan Natrah. Almarhum Profesor Dr. Ahmad Ibrahim yang diabadikan namanya di UIA hari ini menjadi peguam bela kes Natrah di Mahkamah Sivil Singapura waktu itu. Sementara MA. Majid pula seorang India Muslim menjadi sumber kewangan untuk menggerakkan bantahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)