Sunday, May 3, 2009

Peristiwa Natrah mungkin berulang


Sepanjang dalam feri,masa pulang dari rumah maktok kat alor setar, baba sembang dengan mama, kata baba, Peristiwa Natrah mungkin berulang.....

Sebagai seorang muslim, baba cukup kecewa dengan keputusan kabinet baru2 ini...dalam hal membesarkan anak di bawah umur mengikut agama asal ibu bapanya.

Untuk mereka yang masih muda, tidak ramai yang mengetahui berkenaan tragedi Natrah. Pada tahun 1950 umat Islam telah melakukan bantahan besar demi menyelamatkan agama dan maruah Islam. Kes ini terjadi kerana Mansor Adabi seorang guru berusia 22 tahun menikahi Natrah yang merupakan anak angkat Che Aminah. Natrah asalnya berketurunan Belanda. Mahkamah penjajah British waktu itu; memutuskan tujuan pernikahan ini untuk menyelamatkan Natrah daripada dibicarakan semula di Singapura, kerana itu Natrah di'rampas' dan diletakkan di gereja.

Peristiwa tersebut juga menyebabkan Karim Ghani ditahan oleh polis dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. 'Nadra Appeal Committe' segera ditubuhkan di Singapura. Dan pada Ogos 1951 - Sept 1952, Profesor Dr. Burhanuddin al-Helmy, presiden Parti Islam SeMalaya (PAS) ditahan di Pulau Sekijang, Singapura kerana dituduh menjadi 'dalang' dan pencetus rusuhan Natrah. Almarhum Profesor Dr. Ahmad Ibrahim yang diabadikan namanya di UIA hari ini menjadi peguam bela kes Natrah di Mahkamah Sivil Singapura waktu itu. Sementara MA. Majid pula seorang India Muslim menjadi sumber kewangan untuk menggerakkan bantahan.

No comments:

Post a Comment