Wednesday, February 18, 2009

Hari sukan sekolah Baba

Hari ni, bermulanya raptai Hari sukan sekolah baba....hari juga berlangsungnya acara lontar peluru...ammu aizul kena jadi pengadil lontar peluru..baba pula tolong ammu aizul ukur jarak lontaran...tengokla aksi baba...



Pengukur jarak yang paling hebat...



Sedang member tunjuk ajar pada Ajmal...



Waduh..jauhnya budak ni baling....



Baba tunjuk cara nak lontar

Tuesday, February 17, 2009

BERSANTAI BERSAMA MAMA DAN BABA

Petang kelmarin, bila baba selesai saja menjalankan bisnes dadihnya, baba bawa amal dan mama jalan-jalan tepi pantai...bestnya



Dengan baba...




Dengan mama...



Dengan kawan-kawan penghuni rumah guru sk langkawi

Monday, February 16, 2009

Valentine :: Murtad Dalam Senyap


Benarlah kata-kata Bediuzzaman Syed An-Nursi, seorang pejuang Islam di zaman era pembaratan Turki Othmaniah, pandangan beliau merentas zaman, diungkap dengan nada rasa tidak tenteram melihat dunia Islam ketika itu. Semakin meniti hari, kata-kata beliau jelas memberikan makna pada yang masih kabur. Dengan ungkapan yang berbaur rasa bambang, beliau mengungkapkan :-

"Aku melihat, negara Islam hari ini mengandungkan anak-anak bukan Islam, tetapi aku juga melihat bahawa negara bukan Islam hari ini mengandungkan zuriat pembela Islam"

PESAN IBN QAYYUM


Semalam, sebelum tidur, baba berkata :

Ibnu Qayyum berpesan:

1. Dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak terurai kecuali menerima kehendak Tuhan

2. Dalam hati manusia ada keganasan dan tidak hilang kecuali berjinak dengan Tuhan

3. Dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak hilang kecuali seronok mengenali Tuhan

4. Dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak tenang kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan Tuhan

5. Dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak padam kecuali reda dengan suruhan dan larangan Tuhan, qada' dan qadarnya serta sabar sehingga menemuinya

6. Dalam hati manusia ada hajat dan tidak terbendung kecuali kecintaan kepada Tuhan dan bermohon kepadaNya

7. Berterusan dalam berzikir kepada Tuhan adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu

Saturday, February 14, 2009

ANAK-ANAK ANGKAT BABA

Setiap tahun, semua guru di SK Langkawi akan dapat anak angkat masing-masing sebagi mentee untuk dibimbing..Mari kenali anak-anak angkat BABA...




2005-Zawanie, Rashfizal dan Pavitharan...



2006-Alsya dan Shahzawanie



2007-Atikah, Almansya dan Hafizah



2008-Syazran dan Lidya



2009-Lukman Hakim dan Fahmi

Wasiat ke-6 al-Banna, jangan banyak bergurau

Friday, February 13, 2009

Al-Fatihah kepada Hassan Al-Banna, 12 Februari 1949 -Syahid

SEPUPU AMAL IMTIYAZ...

Mari kenali siapa sepupu Amal...Baba, tunjukan..



Ayyan @ Farhan...



Kak Long Muna@ Ilmuna



Kak Ngah@ Imtinan

Nanti kita kenali siapa pula ibu bapa mereka

ULAMA BANTAH MUSAWAH

Ulama bantah penganjuran Musawah
KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) membantah program 'Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family' (Musawah) anjuran Sisters in Islam.
Yang Dipertua PUMPP Dr. Wan Salim Wan Mohd Nor berkata pertemuan Musawah dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulama muktabar.
"Perjumpaan ini juga akan memberi persepsi negatif kepada Malaysia dan bakal digambarkan sebagai negara yang mengamalkan undangundang Syariah yang mendiskriminasi wanita," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Berhubung Keganasan terhadap Wanita, Dr Yakin Erturk yang mengatakan Malaysia adalah antara negara-negara Islam yang perlu membawa pembaharuan dalam undang-undang keluarga Islamnya.
Dr. Wan Salim berkata PUM PP juga menyelar kehadiran pimpinan negara bagi merasmikan program berkenaan seolah-olah tidak merujuk terlebih dahulu kepada pihak berkuasa agama negara separti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Katanya perjumpaan itu bakal dihadiri oleh pelbagai tokoh Liberal Muslim yang dipertikaikan oleh ulama Islam Muktabar.
Mereka yang hadir termasuk Pengerusi Majlis Ideologi Islamik Muhammad Khalid Masud dari Pakistan, Farida Bennani (Morocco), Sana Benachour (Tunisia), Hussein Muhammad (Indonesia), Ziba MirHosseini (Britain), Zainah Anwar (Malaysia), Siti Musdah Mulia (Indonesia) dan Nur Rofia (Indonesia) serta aktivis bukan Islam Cassandra Balchin dari United Kingdom.
Katanya, PUM PP turut melihat perjumpaan itu menggunakan dana besar apabila 200 Liberalis Muslim dijemput dari 40 negara dan ditempatkan di hotel mewah bertaraf lima bintang di ibu negara.
Perjumpaan tertutup selama lima hari itu yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini bermula hari ini. BERNAMA

Thursday, February 12, 2009

Bicara Sultan...

"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" -Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

Thursday, February 5, 2009

Wasiat ke-5 al-Banna, kurangkanlah ketawa

Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) sangat tenang dan tenteram. Hasan al-Banna

Sunday, February 1, 2009

AMAL IMTIYAZ....KALA UMURNYA 3 BULAN...





bERSAMA cIK jA...


Dengan Baba..



Dengan Mama..



Dekat jeti K.Kedah..nak balik Langkawi




Dalam feri...



Kat Langkawi dah....