Saturday, October 31, 2009

Hujung minggu Amal,baba dan mama



Baba mengikuti kelas pengukuhan bersama CDM faridah..pendapatan CDM faridah RM150,000 sebulan...



Amal dengan motorsikal kak ngah



Dengan mama, berkelah dekat Pantai Pasir Tengkorak....




Takutnya....



Amal mula2 mandi laut..



Jomla pi tengah sikit baba...




Dengan baba pula...jom la baba mandi...



Possing dengan baba...



Pasni nak ajak adawiyah dengan Mat naufal ,Aziza pula mandi laut....



Possing terakhir sebelum balik...baba nak pi solat Jumaat pula...



Mama bawa amal pi garden pula...


Boring la mama...jom la main roller coster pula...



Bergaya dengan keta baru abang baby...grand livina



kak Ya bawa jalan2...

Friday, October 23, 2009

Kursus Pemakaian Pangkat Sarjan TKRS...

Hari Selasa hingga khamis minggu lalu, baba kena jadi jurulatih Kursus Pemakaian pangkat Sarjan KRS/TKRS daerah langkawi kat Pantai Tengkorak...tinggal amal dengan mama kat rumah...tengoklah aksi baba dan budak2 dia....pemandangan tempat kursus pun cantik...kata baba, kalau dia ngajar kat alor star, belum tentu berpeluang rasai macam ni..tentu kursus buat kat padang sekolah aja....bestnya dok langkawi....














Amal Imtiyaz...usianya setahun....

Sunday, October 18, 2009


click for more

Tuesday, October 13, 2009

amal imtiyaz..kala meniti usia setahun..tapi belum setahun lagi.


Kawan lama baba masa kat UM..pakcik Wak Dan

Shopping kat Giant alor star...

Wan dok main lambung-lambung

Mama nie..lambat la pilih...

baba dok langut sakan...

Family Pak Cik Mat Sabu datang beraya....

Pak Long dan Maklong sekeluarga...

Baju raya sentuhan mak tok

Friday, September 11, 2009

Tip bisnes...

Apabila mempromosi produk kita, terangkan ciri-ciri terbaik produk itu. Jangan sebut jenama produk orang lain, apatah lagi memburuk-burukkannya....Begitulah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad. Beliau menerangkan apa itu Islam, apa itu Islam, apa itu Islam. Beliau tidak menyakiti hati penduduk Madinah yang terdiri daripada orang Kristian, Yahudi, penyembah berhala, penyembah api suci, dan golongan ateis dengan memburuk-burukkan kepercayaan mereka.

Thursday, September 3, 2009

Baba bercerita ....


Kelmarin..masa on the way nak pi masjid al-hana untuk bacaan yasiin dan tahlil, iftar..baba sempat cerita kat amal dan mama tentang Peristiwa Penting Sepanjang Ramadhan..kata baba, bulan Ramadhan adalah BULAN DITURUNKAN AL KITAB,berlakunya PERISTIWA BADAR,ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH,PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK,ISLAM SAMPAI KE YAMAN,KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA,PENYERAHAN BANDAR TAIF,PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL),PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL,TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL,PEPERANGAN YAKHLIZ,TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL..

kata baba lagi,
berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi.Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973,Perang Oktober, dan Perang Ramadhan.
Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.
Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan.
Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

Wednesday, September 2, 2009

Memori orang bujang



Baru2 ni..pakcik aizul, pakcik malik dan pak cik bashir tidur dan bersahur kat umah amal dengan baba..amal dengan mama ada kat a.star..baba dan kawan2 dia ambik ptk kat smk mahsuri...baba kata, nilah suasana masa 2005, masa ni semua masih bujang2 lagi...
Memori bersahur bersama pakcik aizul, pak cik din, arwah pakcik nasir, pakcik malik..sesekali pak cik rokhaimi dan pak cik bashir join skali...

Amal Imtiyaz..kala umurnya 10 bulan





Amal dah pandai panggil baba, mama, kakak, tata, babai, bacikal....

Tuesday, August 18, 2009

Amal Imtiyaz Mohd.Zulkifli...kala usianya 9 bulan...

Amal sekarang suka memanjat...aktif semacam aja...kalau duduk dalam kereta, nak duduk dengan baba dekat tempat pemandu..tak nak duduk dengan mama...boleh pegang stereng...suka ikut baba pi masjid terutma waktu subuh...kalau baba tak bawa mesti merajuk...mama tak bagi ikut coz kat masjid ramai orang takut kena virus...



Saturday, August 15, 2009

Sekolah baba pula tutup...



Esok, semua murid2 sekolah baba dapat cuti...cuma guru2 aja kena mai sekolah...banyak yang demam, batuk, selsema...pej.kesihatan datang dan cek murid2...

Wednesday, August 12, 2009

Novel Terbaru dari PTS



Source: pts.com.my

Jadilah berani seperti Umar. Memisah antara yang hak dan batil

Monday, August 10, 2009

Sunday, August 9, 2009

Syifa di Langkawi...


Pak cik shahrul zaman, kawan baba masa kat UM datang ke Langkawi dengan familinya...kata baba pada mama, ni la first time jumpa balik Pak Cik shahrul..dah lama tak jumpa..kali terakhir masa konvo baba 2004 dulu...
Jumaat malam...baba bawa amal dan mama jumpa Pak cik Shahrul, mak Cik Ein dan puteri kesayangan mereka , syifa kat hotel helang...Adawiyah pun ada...lama berbual, Pak cik rokhaimi ajak makan dekat kedai makan tak jauh dari airport...dalam pukul 11 malam baru amal balik rumah..ngantok giler...(sorry la..baba tak bawa kamera..tak dak la gambar)

Esoknya baba bawa syifa ke pantai chenang...laut bergelora...pastu laman padi...haji ismail group...pekan rabu...makam mahsuri...malam baba ingat nak pi jumpa pakcik shahrul kat hotel..tapi lepas isyak baba dah tidur...ngantuk...
Pe pun kata baba, setakat tu ajala yang mampu baba jalan2...coz hari ahad baba ngajar dah sebelah pagi...nak tahu apa yang berlaku kat syifa pada hari ahad, tengokla blog pak cik shahrul atau uncle rokhaimi...ok..jumpa lagi...

Saturday, August 8, 2009

Anda ingin dapatkan penapis air Bio-Aura?



Keberkesanan Nano dalam Bio-Aura Hi Tech water system...
1. Menghasilkan komponen bersifat Nano dan kandungan oksigen yang tinggi, menggalakkan pertumbuhan sel-sel badan yang sihat
2. Kandungan bio-tenaga yang berganda, meningkatkan keaktifan sel-sel tubuh badan
3. Molekul-molekul yang bersaiz nano menambahkan lagi keberkesanan penyerapan nutrien
4. Membekalkan kekayaan bahan-bahan mineral dan nutrien untuk keperluan kesihatan tubuh
5. Sistem penapisan air yang lebih efektif menghapuskan unsur-unsur toksin, bakteria, klorin dan logam berat supaya air selamat diminum
6. Menghilang bau yang tidak menyenangkan, menjadikan air lebih sedap diminum
7. Kualiti air bertenaga meningkatkan metabolisme, melancarkan sistem peredaran darah dan memperkuatkan sistem imunisasi badan
8. Nilai pH yang cenderung kepada beralkali setara dengan keperluan badan. Amalan minum air Bio Aura dapat memberikan kesan terapi terhadap susuk badan yang berasid 9. Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan.



Pakah teknologi Nano?
Teknologi Nano, revolusi terkini yang membawa kepada kemajuan dunia dalam abad ke-21 ini. Ia berasal daripada perkataan Latin, dengan cirinya yang bersaiz KECIL - 1 nanometer = 0.000000001 meter. Ini jelas menunjukkan betapa kecilnya saiz nano, sehingga mencapai 1000 kali ganda lebih kecil daripada diameter rambut manusia



Anda masih mencari-cari penapis air bg tujuan kesihatan untuk seisi rumah..tak mampu? mahal? ade cara yg lebih mudah..bole menjadi BISNES PARTNER saya..kita akan selamatkan manusia2 yg minum air tercemar ini...JUGA..menyembuhkan penyakit2 yg berkaitan dgn saluran darah,jantung,gaut,senggugut dsb..(Dgn Izin Allah)

anda juga bkn shj BOLEH MEMILIKI penapis air utk rumah sendiri,bahkan boleh dia berikan kepada mak bapak dan mertua..memang berbaloi...

JADI..jgn jadikan alasan tak mampu,tak perlu atau tak mau ambik tau..KERANA...kita bkn menyusahkan pembeli.TETAPI kita membantu mereka2 daripada terus terusan meminum air yg kotor..INSYAALLAH...

EMAIL atau SMS saya utk keterangan lanjut :

Ibn_Akhyar@yahoo.com atau 012-4878154...
atau
layari http://taipan181langkawi.blogspot.com

Kelas dan taklimat Usahawan hai-o akan diadakan pada setiap Jumaat jam 3.00 petang di Bilik Ixora kondo Istana...sms nama untuk menyertrainya..kelas dan taklimat adalah percuma

Saturday, August 1, 2009

1 Ogos 2009...satu sejarah...


Kelmarin...Rakyat Malaysia yang ada hati dan perasaan pada mereka yang di zalimi...berdemonstrasi di kuala lumpur...baba pula buat demo kat SKSN...1st Time belajar Vba...
baba cukup kagum dengan rakyat malaysia yang turun berdemo kelmarin....mereka tak takut untuk suarakan kebenaran dan keadilan....kata baba, bila dok kat langkawi..tak dapatla rasai peluang itu...cukup sekadar doa dan solat hajat untuk keselamatan peserta demonstrasi...mungkin satu hari nanti kat Langkawi ada demonstrasi menentang berlakunya penularan maksiat, keruntuhan akhlak muda-mudi kat sini..ataupun protes terhadap penjualan arak yang begitu mudah di dapati di sini...murah pula tu...Nasihat kepada remaja perempuan dan lelaki Muslim yang bekerja di 7eleven, jika kamu rela membungkus arak samalah dosanya dengan si peminum itu.. gaji anda x seberapa tapi dosa besar yang dapat.. (sedih melihat remaja yang kerja part-time kat 7eleven)



Petang, baba bawa amal jalan2 kat pasaraya...ada pameran kereta...kata baba, ada rezeki nak belikan satu untuk mama...

Wednesday, July 22, 2009

Amal kena demam campak...

Hari nie, baba CRK 2 hari...kena jaga amal..amal demam campak...mama tak boleh cuti lagi sebab mama belum abis kursus macam baba...


Wajah lesu masa balik rumah maktok minggu lepas.



babababa...amal ajak baba naik basikal



Muka, badan tangan, leher, kaki dah diserang....mujur sekarang hujan kat Kuah..tak la panas..

Saturday, July 11, 2009

Menyingkap 5 tahun baba di SK langkawi


































Saturday, July 4, 2009

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU

Minggu lepas adalah minggu terakhir Ustaz Aizul di SK Langkawi...kini beliau bertugas di SK Seri Muda


Friday, July 3, 2009

Tradisi MENCABAR Mahasiswa

http://abushifa.blogspot.com/