Thursday, June 25, 2009

Amal di Asenia...

Amal ada kat Asenia, ikut baba...sekolah baba buat kem motivasi tahun 6...baba kena jaga murid2 baba kat sini,baba bawa amal dengan mama...first time amal datang sini...





Suami Ustazah Adilah sedang menyampaikan mutiara ilmu



Amal tidur nyenyak...





Tuesday, June 23, 2009

Semoga Pakcik Amal terus tabah dan Istiqamah..


Perhimpunan anti-ISA: Lima pelajar didapati bersalah

Mahkamah majistret Kuala Lumpur hari ini mendapati lima pelajar universiti bersalah kerana menyertai perhimpunan haram anti-ISA pada Jun 2001.

Mereka masing-masing didenda RM3,900 atau tiga bulan penjara.

Mahkamah juga menolak permohonan mereka untuk menangguhkan hukuman tersebut.
Majistret Azniza Mohd Ali, bagaimanapun, melepaskan seorang pelajar daripada tuduhan tersebut.

Mereka yang didapati bersalah ialah Rafzan Ramli, Khairul Amal Mahmud, Ahmad Kamal Abdul Hamid, Nik Norhafizi Nik Ismail dan Zulkefle Idris -
semasa pelajar universiti tempatan ketika itu.

Mereka telah digantung daripada meneruskan pengajian mereka mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Helman Samsudin adalah pelajar yang dilepaskan.

Seorang lagi pelajar, Wan Sanusi Wan Mohd Noor, tidak dapat dikesan sejak mereka dipanggil untuk membela diri.

Mereka diwakili oleh Latheefa Koya, Amer Hamzah Arshad, Nik Mohd Ikhwan.

Pendakwaan dijalankan oleh timbalan pendakwaraya, Abazafree Mohd Abas.

Pada November 2006, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan rayuan Pejabat Peguam Negara untuk membicarakan semula tujuh pelajar universiti terbabit.

Mereka didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), di luar Masjid Negara pada 8 Jun 2001.

Dalam demonstrasi tersebut, mereka membantah penggunaan ISA terhadap 10 pemimpin reformasi, termasuk kolumnis Malaysiakini, columnist Hishamuddin Rais.

Sepuluh pemimpin berkenaan dibebaskan selepas ditahan selama dua tahun tanpa bicara

Jun 18, 09 12:18pm(Malaysiakini)

Sunday, June 21, 2009

Amal dah lega dah dari demam...

Minggu lepas, hari Rabu sampai Hari Sabtu, amal demam...mulut amal kena sawan mulut..Amal asyik nangis aja..tak boleh makan. minum, susu...
Tapi Sekarang, Alhamdulillah, Amal dah sembuh...
Cuaca kat langkawi panas sangat..40 darjah celcius...panas ooo..macam negara Arab...











Mukhayyam Bahasa Arab

Hari Khamis, jumaat dan sabtu hari tu, baba kena jadi
guru pengiring ke Mukhayyam bahasa arab daerah Langkawi..
Depa buat kat LISRAM...kata baba tempat tu sejuk sikit dari rumah amal
kat Kuah ni...tapi baba tak boleh tidur kat situ, sebab Amal
asyik teriak...tak mau duduk..Amal tak sihat...





Sunday, June 14, 2009

Dr. Fathi Yakan kembali ke Rahmatullah...


Assalamualaikum...
tadi, masa baba buka YG, baba tengok ada pesanan
tentang Tokoh gerakan Islam, Al-Fadhilah Syeikh Dr. Fathi Yakan telah meninggal dunia petang tadi (13.06.09)di sebuah hospital di Lubnan setelah menghadapi masalah kesihatan yang teruk. Beliau telah menghembuskan nafasnya terakhir ketika mencapai umur 76 tahun di Hospital Otel Deo.
baba beritahu mama, laman web yang dipantau beliau daawa.net telah menyatakan jenazah beliau akan disolatkan pada asar hari Ahad 21 Jamadul Akhir 1430H di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkuburan keluarga di BaburRam.

Kata baba lagi...
Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.
Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.
Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.
MOGA-MOGA ALLAH MERAHMATI BELIAU DAN MEMBERI KESABARAN KEPADA AHLI KELUARGABELIAU.
AL-FATIHAH.

Saturday, June 13, 2009

Amal kembali ke rumah UMMI


Hari ni Amal kena duduk dengan pengasuh Amal, UMMI....
Baba dan Mama dah mula mengajar kat sekolah masing-masing..
Langkawi panas..kalau kurang minum air, mesti demam..
Amal pi ziarah Mak Cik Tun baru balik dari umrah...dapat minum air zam-zam
dengan kismis...

Tuesday, June 2, 2009

Cuti Sekolah Amal...

Sekarang cuti sekolah...Amal balik Alor star...kena duduk dengan baba...mama kena pi kursus kat IPDA....kesian baba...










Kenduri Cik Ja..adik Mama





Kak Ngah Imtinan tengah nagis..pengantin tak bagi bunga telor....


Dengan Maktok Nafisah





Makan dengan baba kat cafe IPDA



Tunggu Mama...