Friday, September 11, 2009

Tip bisnes...

Apabila mempromosi produk kita, terangkan ciri-ciri terbaik produk itu. Jangan sebut jenama produk orang lain, apatah lagi memburuk-burukkannya....Begitulah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad. Beliau menerangkan apa itu Islam, apa itu Islam, apa itu Islam. Beliau tidak menyakiti hati penduduk Madinah yang terdiri daripada orang Kristian, Yahudi, penyembah berhala, penyembah api suci, dan golongan ateis dengan memburuk-burukkan kepercayaan mereka.

Thursday, September 3, 2009

Baba bercerita ....


Kelmarin..masa on the way nak pi masjid al-hana untuk bacaan yasiin dan tahlil, iftar..baba sempat cerita kat amal dan mama tentang Peristiwa Penting Sepanjang Ramadhan..kata baba, bulan Ramadhan adalah BULAN DITURUNKAN AL KITAB,berlakunya PERISTIWA BADAR,ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH,PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK,ISLAM SAMPAI KE YAMAN,KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA,PENYERAHAN BANDAR TAIF,PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL),PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL,TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL,PEPERANGAN YAKHLIZ,TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL..

kata baba lagi,
berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi.Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973,Perang Oktober, dan Perang Ramadhan.
Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.
Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan.
Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

Wednesday, September 2, 2009

Memori orang bujang



Baru2 ni..pakcik aizul, pakcik malik dan pak cik bashir tidur dan bersahur kat umah amal dengan baba..amal dengan mama ada kat a.star..baba dan kawan2 dia ambik ptk kat smk mahsuri...baba kata, nilah suasana masa 2005, masa ni semua masih bujang2 lagi...
Memori bersahur bersama pakcik aizul, pak cik din, arwah pakcik nasir, pakcik malik..sesekali pak cik rokhaimi dan pak cik bashir join skali...

Amal Imtiyaz..kala umurnya 10 bulan





Amal dah pandai panggil baba, mama, kakak, tata, babai, bacikal....