Saturday, March 14, 2009

Team Baba kalah pulak..................real madrid, ac milan, kini MU pula ikut jejak Sang Kenari


MANCHESTER: Liverpool menghidupkan kembali saingan mahkota Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila bangkit untuk melengkapkan kemenangan 4-1 ke atas Manchester United disaksikan penonton di Old Trafford yang tidak mempercayainya.

"Ia memang sukar ditelan, terutama kerana saya rasa kami adalah pasukan yang lebih baik.
"Kami perlu terima hakikat ini adalah hari malang dari segi jumlah gol yang kami lepaskan, tetapi saya tidak boleh terlalu merungut mengenai apa yang dipersembahkan pemain," kata pengurus United, Sir Alex Ferguson, malam tadi.

Turun dengan kepercayaan bahawa kemenangan akan mengesahkan gelaran liga ketiga berturut-turut, United awalnya tampak berada di landasan tepat apabila Cristiano Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti untuk gol pendahuluan.

Tetapi kesilapan Nemanja Vidic, hari malangnya berakhir dengan layangan kad merah 15 minit sebelum tamat, membolehkan Fernando Torres menjelmakan gol pendahuluan.

Rembatan penalti Steven Gerrard membolehkan Liverpool mendahului ketika rehat dan sepakan percuma cantik Fabio Aurelio, selepas Vidic dibuang padang kerana menjatuhkan Gerrard, mengesahkan kemenangan Liverpool.

Pemain gantian, Andrea Dossena kemudian menambah derita United pada waktu kecederaan, apabila mengutip umpanan jauh sebelum menyungkit bola tinggi melepasi Edwin van der Sar dan terus menerjah jaring.

Ia adalah kemenangan pertama Liverpool dalam tempoh lima tahun di Old Trafford. Ia juga adalah kekalahan terbesar ditanggung United buat kali pertama sejak 1992 di gelanggang berkenaan.

Aib itu juga adalah kekalahan pertama United dalam liga di Old Trafford sejak Februari 2008 dan membolehkan Liverpool mencatat dua kemenangan liga dalam satu musim buat julung kalinya selepas tujuh tahun menanti.

Namun United masih mendahului persada liga dengan himpunan 65 mata selepas 28 aksi, empat mata mengatasi Liverpool yang sudah pun beraksi sebanyak 29 perlawanan. � Agensi

No comments:

Post a Comment