Wednesday, January 21, 2009
Pro-Mahasiswa bentuk MPMUM-KOSMO .....
BARISAN Pro-Mahasiswa UM meraikan kemenangan mereka dalam pilihan raya kampus Majlis PerwakilanMahasiswa UM semalam.
KUALA LUMPUR - Barisan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) berjaya memenangi lapan daripada sembilan kerusi umum dalam pilihan raya kampus universiti itu dan membolehkannya membentuk Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) yang baru.
Pemilihan kali ini juga dianggap sengit kerana hanya satu kerusi membezakan antara kedua-dua barisan pelajar yang bertanding itu.
Dalam pilihan raya kampus itu, sejumlah 41 kerusi dipertandingkan dan Pro-Aspirasi memenangi 20 kerusi manakala Pro-Mahasiswa mendapat 19 kerusi. Dua lagi kerusi dimenangi oleh calon bebas daripada Fakulti Undang-Undang.
Kemenangan Pro-Mahasiswa kali ini membolehkan barisan itu merampas semula tampuk MPMUM yang diterajui oleh Pro-Aspirasi sejak lima tahun lalu.
Seorang calon barisan Pro-Mahasiswa, Mohd. Ridzuan Mohd. (gambar), 23, berkata,
pertandingan kali ini amat sengit kerana hanya satu kerusi yang membezakan kemenangan itu.
"Pertandingan kali ini disifatkan sengit kerana perbezaan kemenangan kali ini adalah kecil. Namun apa yang nyata berlaku penolakan kepada pihak lawan di peringkat umum dan fakulti.
LAPORAN OLEH : WARTAWAN PRO-M UM
JADILAH SALAH SEORANG AJEN PERUBAHAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment