Monday, December 29, 2008

Honda City




Gambar-gambar masa baba dan mama masih kecil



Mama masa umur setahun



Masa Mama dan Baba umur 2 Tahun

KAWAN-KAWAN BABA DAN MAMA

Ramai juga kawan² baba dan mama...ni sebahagian daripada mereka



Ammu Shahrul....kawan baba masa kat UM



Ammu Ashraf dan zaujahnya.....pengurus pusat Tuisyen Minda Cemerlang



Ammu Badie, Mak cik Jawaher dan Hasif..bila boleh kita kenai² ni



Ammu Rokhaimi dan Mak Cik Nisak...mana adawiyah?



Ammu Mizi, Mak Cik AtTahirah dan Naufal yang cute....



Ammu Mazuan dan Mak Cik MIfrah

Sunday, December 28, 2008

Mama dan Baba memang suka bergaya depan kamera



Baba dengan Honda Citynya...



Mama pun apa kurangnya...



Melaram di Pantai Kok



Kat Pantai Pasir Tengkorak pula...



Kat SK Langkawi..mama sedang mengandung 8 Bulan



Raya di rumah Mak Tok Nafisah dan Wan Yosof di Tobiar




Bergambar kat Studio la pula....



Baba dengan muridnya yang huru hara



Baba yang huru hara...

Monday, December 22, 2008

Amal Imtiyaz kat rumah Mak Tok Nafisah



Tunggu mama siap nak pi Rumah Mak Tok Normah sampai tertidur



Cara tidur ikut Baba



Mama bagi tidur....



Masa baru lepas cukur rambut...

Teka teki lawak


a) Apa beza kacang panjang dengan seluar panjang?? -Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanye kacang panjang aaa...

B) Banyak-banyak mi, mi ape yang takleh di makan?? -Misai (michai..kata nina)

C) Ada orang ni nak naik bas.Dia ada 50 sen saja. Tambang bas ke tempat dia nak pegi tu 60 sen. Mcm mana dia nak pegi tempat tu? -Dia buat muka seposen je..50 sen + 10 sen=60 sen

E) Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi die nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok ape tumbuh dulu? -Dua2 tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh jek..

F) Burung ape yg boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk ? -Penguin

G) Banyak2 katak, katak ape yg bole bercakap? -Katakanlahhhhhh... (Hazami kod)..

H) Tersebut kisah,ada seorang wanita yg menamakan anaknya nama FATIMAH, kenapa ? -Sebab anak tu perempuan..huar..huar..huar..

I) Tempat apa ini... ... peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak akan berkurangan? -Tempat Perkuburan... (serammm... heyyy maknusia..!!)

M) Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. apa dia? -Lingkaran nyamuk Shieldtox

N) Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan? -Bahrain (b`coz bah dulu, rain komdian)

O) Macammana nak pegi haji kalau duit tak de? -Jangan isap rokok. Duit tu kalau kumpul sehari RM5, setahun dah RM 1,800. 10 towun dah dapat RM 18,000. Dah boleh pegi haji. ..Lagi.. kurangkan pakai hp..

Peringatan buat diriku yang lalai.....

Dalam sebuah hadis yang mahsyur, Rasulullah bersabda yang bermaksud :
"Jauhilah dosa-dosa kecil kerana jika ia telah bertompok-tompok pada seseorang maka ia akan merosakkan orang itu "

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran


Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

Selamat pulang jemaah haji


Kepada Semua Jemaah Haji Khususnya
Jemaah Malaysia
1429 Hijrah

Selamat Pulang Ke Tanah Air
Semoga Mendapat Haji Yang Mabrur

Butir2 kata hikmah luahan Syeikh Ali Tantawi khusus buat renungan muslimah2 solehah yg sejati


Seingat aku....baba pernah berkata...semasa kami dalam perjalanan ke rumah maktok Nafisah di Tobiar......kata baba......Wahai puteriku,
Aku adlh seorang bapa yg sedang memasuki usia 27 puluh tahun.. Usia muda telah aku lewati.. Aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan2 dgn segala ujian2 dunia..
Dengarlah ucapan dan kata2ku! Ucapan2 haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah..
Wahai puteriku,
banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.
Semua itu berterusan aku sampaikan..
Aku tulis dan khutbahkan.. Sehingga pena yg aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu.. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi.. Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya..
Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui.. Semakin banyak dlm pelbagai bentuk.. Wanita semakin berani dan tidak malu2 untuk membuka auratnya.. Tubuhnya ditonjol2kan.. Pergaulan
bebas muda-mudi bertambah menjolok.. Semua itu bergerak melanda negara demi negara.. Tanpa satu negara Islam yg mampu mengelak.
Sebagai contoh negara Syria yg terkenal dgn keserasian akhlak yg sgt ketat menjaga kehormatan diri dgn menutup auratnya.. Sekarang, astaghfirullah! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan, paha, punggung dan dada.. Kita gagal dan aku kira kita tidak akan berjaya.. Tahukah engkau apa penyebabnya, puteriku?!
Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya..
Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu.. Kunci pintu itu ada di tanganmu.. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik..
Engkau benar puteriku,
bahawalah kaum lelakilah yang mula2 melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita.. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju.. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya
untuk masuk..
Engkau berkata kepada pencuri: "Silakan masuk" dan setelah engkau ditimpa kecurian barulah engkau tersedar.. Ketika itu barulah engkau berteriak, "Tolong! Tolong! Aku kecurian"
Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dlm ancaman cengkaman serigala..
Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yg kikir terhadap pencuri..
Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu.. Lelaki menginginkan lebih dari sekadar kambing.. Dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu..
Lelaki menghendaki yg paling berharga darimu.. Iaitu harga diri dan kehormatanmu.. Nasib seorang gadis yg diragut kehormatannya lebih menyedihkan drpd nasib seekor kambing yg dimakan serigala..
Wahai puteriku,
Demi Allah, apa yg dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa berpakaian..
Aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan kalian percaya terhadap kata2 sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab.. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab".. Bohong! Bohong! Demi Allah, dia berbohong!
Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau menjadi takut dan ngeri.. Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dgn lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud2 tertentu.. Setidak2nya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal..
Apakah sesudah itu, puteriku?
Fikir2kan dan renungkanlah jika kalian adalah muslimah yg bijaksana serta punyai harga diri!!"
Wallahu 'alam..

5 syarat melakukan maksiat...


Satu malam...sebelum tidur, baba bercerita padaku.....kata baba...nak...dengarlah kisah ini baik-baik..moga ia akan menjadi panduan hidupmu bila besar nanti.....

Kisah TauladanSuatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”
“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”
“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”
“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?”
Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.

Tuesday, December 16, 2008

UM kurangkan pelajar Ijazah pertama



Universiti Malaya (UM) kini menukar tumpuannya terhadap pengajian ijazah lanjutan dengan menambah jumlah tempat kursus dan mengurangkan pengambilan penuntut ijazah pertama. Naib Canselornya yang baru, Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon berkata langkah itu selaras dengan usaha universiti tersebut meningkatkan rankingnya pada Times Higher Education Supplement dalam masa dua tahun akan datang."Kami mahu graduan ijazah lanjutan yang ramai dan lebih baik serta mengurangkan jumlah bilangan penuntut ijazah pertama, agar kami boleh memperbaiki kualiti penyelidikan. "Tumpuan kini ialah untuk menaikkan segera UM supaya kami boleh dapatkan semula liga ke-200 universiti utama di dunia menjelang dua tahun akan datang, katanya memberitahu Bernama dalam temubual di pejabatnya di Kuala Lumpur.Kedudukan UM telah menurun sejak 2006, apabila ia menduduki tempat ke-169 pada 2005 dan turun ke tangga 192 pada 2006. Ia menduduki tempat ke-245 tahun lepas dan meningkatkan semula ke tempat 230 pada tahun iniDan hanya sebulan lepas pelantikan beliau pada 10 November, Prof Ghauth sudah ada perancangan beliau untuk universiti itu bagi bergerak menyelesaikan masalah tersebut. Beliau berkata agenda utama ialah untuk menempatkan lebih tumpuan terhadap penyelidikan dan produktiviti pembangunan. "Saya sedang melakukan bagi menarik graduan kelas pertama kepujian ke dalam sistem itu, datang berkhidmat dan membuat penyelidikan dan memperbaiki kualiti keluaran penyelidikan.Pencapaian akademik "Kami juga mahu lebih ramai membabitkan diri dalam penyelidikan, dan ini akan menjadi Indeks Pencapaian Utama (IPU) untuk mengukur pencapaian akademik mereka," kata beliau. Katanya graduan kelas pertama juga ditawarkan biasiswa ijazah lanjutan dengan serta merta.Selesai ini, mengisi 300 jawatan akademik dengan ahli akademik yang berkelayakan dari seluruh dunia, katanya. "Kami perlukan mereka untuk mengukuhkan badan akademik kami, " kata beliau. Prof Ghauth berkata beliau juga membawa masuk pakar-pakar ke bidang penting seperti perubatan, kejuruteraan, perniagaan dan ekonomi. Ditanya mengenai penurunan kualiti graduan yang dikeluarkan berbanding pada masa cemerlangnya, beliau berkata masalah itu bukan berlaku di UM sahaja. Secara amnya, nampaknya ia menjadi satu masalah pada masa ini, tetapi bukan di UM sahaja, tetapi di seluruh negara. "Orang ramai mengaitkan masalah ini kebanyakannya terhadap kemahiran berkomunikasi yang tidak memuaskan, tetapi satu cara yang dilakukan UM untuk menangani masalah ini ialah dengan mengajar lebih banyak subjek dalam bahasa Inggeris serta menjalankan kerja kursus dan penugasan dalam bahasa Inggeris," katanya.Pasaran kerjaKatanya kemampuan untuk berinteraksi dan meyakinkan orang ramai juga menjejaskan peluang mendapatkan pekerjaan di pasaran. Prof Ghauth berkata ini boleh ditangani dengan kerja kemasyarakatan, yang menyediakan latihan yang baik dalam membina kepimpinan dan kemhiran sosial. "Sebagai contoh, jika mereka melakukan kerja kemasyarakatan, kami mesti berikan markah untuk ini. Jika mereka buat kerja untuk kampungnya, ia mesti diiktiraf," katanya. Beliau berkata ini boleh dilakukan dengan memperluaskan pilihan aktiviti kokurikular dan meminta bahagian hal ehwal penuntut agar lebih proaktif dengan idea baru bagi mereka menyertai kegiatan di luar bilik kuliah.Selain itu, Prof Ghauth berkata graduan juga perlu lebih bersikap keusahawanan dan bukan menunggu pekerjaan datang dengan sendiri setelah mereka menamatkan pengajiannya.Beliau berkata salah satu cara untuk UM menggalakkan graduannya melakukan itu ialah dengan mengadakan program keusahawanan seperti yang dianjurkan Universiti Multimedia, di mana beliau bertugas sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif selama 11 tahun. "Mereka boleh mengeluarkan idea perniagaan dengan baik di bawah program ini," kata beliau. Bagaimanapun, katanya, negara ini masih mengiktiraf kualiti graduan UM."Statistik graduan kami yang telah mendapat pekerjaan ialah 97 peratus, tetapi ada keperluan untuk memperbaiki ini, terutamanya dengan menukar tumpuan terhadap pengajian ijazah lanjutan."Tetapi saya fikir secara amnya, graduan kami adalah lebih baik daripada banyak lagi institusi pengajian tinggi awam lain," kata Prof Ghauth.

Hari Keluarga Mujaddid PMIUM...


Alhamdulillah beberapa generasi UKP telah berjaya mengadakan pertemuan sempena cuti sekolah diselangi dengan Makan Malam Amal UKP. 22-23 November Mujaddid mengadakan Family Day di Cameron Highlands manakala pada 12-14 Disember,Generasi Dynamic mengadakan Pertemuan Besar di Tanjung Harapan, Kuala Kangsar. Pertemuan yang menghimpunkan pelbagai latarbelakang kerjaya ini. Moga-moga menghasilkan momentum bermakna dalam kesinambungan kerja -kerja dakwah kita semua.


Baba dan Mama tak berpeluang nak pergi....mama masih dalam pantang...minggu depan 21 hb 12 ada pertemuan UKP dekat pendang...kata Baba, dia nak pi..lepas tu terus pergi walimah uncle khader kat Kg.Chegar..petang hantar keta balik Langkawi....

Sunday, December 14, 2008

Bersama Baba dan Mama tercinta

Baba dan mama bawa Imtiyaz ke kedai foto di Taman Wira...kata mama, kita ambil gambar untuk kenangan...bila besar nanti Imtiyaz boleh tengok rupa Imtiyaz masa kecil..boleh tengok wajah baba dan mama masa mula² bergelar ayah dan ibu