Tuesday, December 16, 2008

UM kurangkan pelajar Ijazah pertama



Universiti Malaya (UM) kini menukar tumpuannya terhadap pengajian ijazah lanjutan dengan menambah jumlah tempat kursus dan mengurangkan pengambilan penuntut ijazah pertama. Naib Canselornya yang baru, Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon berkata langkah itu selaras dengan usaha universiti tersebut meningkatkan rankingnya pada Times Higher Education Supplement dalam masa dua tahun akan datang."Kami mahu graduan ijazah lanjutan yang ramai dan lebih baik serta mengurangkan jumlah bilangan penuntut ijazah pertama, agar kami boleh memperbaiki kualiti penyelidikan. "Tumpuan kini ialah untuk menaikkan segera UM supaya kami boleh dapatkan semula liga ke-200 universiti utama di dunia menjelang dua tahun akan datang, katanya memberitahu Bernama dalam temubual di pejabatnya di Kuala Lumpur.Kedudukan UM telah menurun sejak 2006, apabila ia menduduki tempat ke-169 pada 2005 dan turun ke tangga 192 pada 2006. Ia menduduki tempat ke-245 tahun lepas dan meningkatkan semula ke tempat 230 pada tahun iniDan hanya sebulan lepas pelantikan beliau pada 10 November, Prof Ghauth sudah ada perancangan beliau untuk universiti itu bagi bergerak menyelesaikan masalah tersebut. Beliau berkata agenda utama ialah untuk menempatkan lebih tumpuan terhadap penyelidikan dan produktiviti pembangunan. "Saya sedang melakukan bagi menarik graduan kelas pertama kepujian ke dalam sistem itu, datang berkhidmat dan membuat penyelidikan dan memperbaiki kualiti keluaran penyelidikan.Pencapaian akademik "Kami juga mahu lebih ramai membabitkan diri dalam penyelidikan, dan ini akan menjadi Indeks Pencapaian Utama (IPU) untuk mengukur pencapaian akademik mereka," kata beliau. Katanya graduan kelas pertama juga ditawarkan biasiswa ijazah lanjutan dengan serta merta.Selesai ini, mengisi 300 jawatan akademik dengan ahli akademik yang berkelayakan dari seluruh dunia, katanya. "Kami perlukan mereka untuk mengukuhkan badan akademik kami, " kata beliau. Prof Ghauth berkata beliau juga membawa masuk pakar-pakar ke bidang penting seperti perubatan, kejuruteraan, perniagaan dan ekonomi. Ditanya mengenai penurunan kualiti graduan yang dikeluarkan berbanding pada masa cemerlangnya, beliau berkata masalah itu bukan berlaku di UM sahaja. Secara amnya, nampaknya ia menjadi satu masalah pada masa ini, tetapi bukan di UM sahaja, tetapi di seluruh negara. "Orang ramai mengaitkan masalah ini kebanyakannya terhadap kemahiran berkomunikasi yang tidak memuaskan, tetapi satu cara yang dilakukan UM untuk menangani masalah ini ialah dengan mengajar lebih banyak subjek dalam bahasa Inggeris serta menjalankan kerja kursus dan penugasan dalam bahasa Inggeris," katanya.Pasaran kerjaKatanya kemampuan untuk berinteraksi dan meyakinkan orang ramai juga menjejaskan peluang mendapatkan pekerjaan di pasaran. Prof Ghauth berkata ini boleh ditangani dengan kerja kemasyarakatan, yang menyediakan latihan yang baik dalam membina kepimpinan dan kemhiran sosial. "Sebagai contoh, jika mereka melakukan kerja kemasyarakatan, kami mesti berikan markah untuk ini. Jika mereka buat kerja untuk kampungnya, ia mesti diiktiraf," katanya. Beliau berkata ini boleh dilakukan dengan memperluaskan pilihan aktiviti kokurikular dan meminta bahagian hal ehwal penuntut agar lebih proaktif dengan idea baru bagi mereka menyertai kegiatan di luar bilik kuliah.Selain itu, Prof Ghauth berkata graduan juga perlu lebih bersikap keusahawanan dan bukan menunggu pekerjaan datang dengan sendiri setelah mereka menamatkan pengajiannya.Beliau berkata salah satu cara untuk UM menggalakkan graduannya melakukan itu ialah dengan mengadakan program keusahawanan seperti yang dianjurkan Universiti Multimedia, di mana beliau bertugas sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif selama 11 tahun. "Mereka boleh mengeluarkan idea perniagaan dengan baik di bawah program ini," kata beliau. Bagaimanapun, katanya, negara ini masih mengiktiraf kualiti graduan UM."Statistik graduan kami yang telah mendapat pekerjaan ialah 97 peratus, tetapi ada keperluan untuk memperbaiki ini, terutamanya dengan menukar tumpuan terhadap pengajian ijazah lanjutan."Tetapi saya fikir secara amnya, graduan kami adalah lebih baik daripada banyak lagi institusi pengajian tinggi awam lain," kata Prof Ghauth.

No comments:

Post a Comment