Tuesday, July 31, 2018
Perkongsian Bahan
Assalamualaikum wrt. wbt.
Berikut dikongsikan link utk muat turun perisian:
1. Keyboard + Font Jawi
2. Al-Quran in Word
3. Foxit PDF Phantom
4. Save As PDF & XPS (Office 2017)
Link:
👉http://bit.ly/soalan2018
Friday, October 7, 2011
INTIPATI BAJET 2012......
Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion
- Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
- Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
- Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
- Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.
Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.
Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.
Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.
Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.
Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
Kakitangan awam
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.
Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35
Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.
Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.
Teksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.
Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.
Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.
Perlindungan kepada gelandangan
Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.
Simpanan persaraan - KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.
Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.
Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.
Meringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.
Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.
Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
Rancangan Tebatan Banjir
Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.
Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.
Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.
Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat
MUHASABAH UNTUK DIRIKU.......
Lucu ya…
Duit RM50 kelihatan begitu besar
bila dibawa ke kotak derma
masjid,tapi begitu kecil jika dibawa
ke Mid Valley(sh...opping).
Lucu ya…
30 minit terasa begitu lama untuk
berzikir,tapi betapa pendeknya
waktu itu untuk menonton
“Friends”.
...Lucu ya…
Betapa lamanya 2 jam berada di
dalam Masjid,tapi betapa
cepatnya 2 jam berlalu ketika
menonton wayang di panggung.
Lucu ya…
Susah sungguh merungkai kata
untuk dipanjatkan saat berdoa
atau bersolat,tapi bertapa
mudahnya cari bahan
bersembang bila bertemu kawan-
kawan,boyfriend & girlfriend.
Lucu ya…
Betapa seruan dan teriakan yang
berpanjangan waktu perlawanan
bola sepak tapi betapa bosannya
bila imam solat terawih bulan
ramadhan bacaannya lama dan
panjang.
Lucu ya…
Susah sangat baca Al-Quran 1
juzu’saja.Tapi majalah hiburan
dan novel best seller 100
halaman pun habis di telaah.
Lucu ya…
Orang berebut paling depan
untuk menonton bola atau
konsert,tapi berebut cari saf
paling belakang bila sembahyang
Jumaat supaya boleh cepat
keluar.
Lucu ya…
Kita perlu diundang seawall 3-4
minggu sebelumnya untuk majlis
agama supaya boleh dimasukkan
agenda kita,tapi untuk acara lain
seperti menonton wayang,annual
dinner atau high tea jadual kita
boleh diubah.
Lucu ya…
Susahnya orang mengajak
menyebarkan dakwah,tapi
mudahnya orang menyertai dan
menyebarkan gossip.
Lucu ya…
Semua orang ingin masuk syurga
tanpa harus beriman,berbicara
ataupun melakukan apa-apa.
Lucu ya…
Kita boleh mengirimkan ribuan
jokes dan surat berantai melalui
email,tapi bila mengirim yang
berkaitan dengan ibadah sering
mesti berfikir dua tiga kali.
Tuesday, October 4, 2011
HAPPY BIRTHDAY
Masih belum terlewat untukku ucapkan HAPPY BIRTHDAY yang ke 30 buat Isteriku yang tersayang...YUHANIS BINTI YOSOF....Terima kasih kepada isteri yang mentaati Allah.Semoga cinta dan kasih kepada isteriku terus mekar pada sebuah rumah tangga yang dibina atas rasa kehambaan. Hamba yang sering memikirkan peranan, dan gemar memberi kebaikan.....Moga Allah terus mengurniakan kepadaku, isteri dan anak-anak, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup, dengan siraman barakah dari Allah, Tuhan yang kerana-Nya, kami bertemu. Ameen…
Ketika baba dok njot Amnan semalam..baba sempat mengomel..katanya.....
BismillahirRahmanirRaheem. Andai Sang Adam & Sang Hawa tahu... Bahawa betapa berutungnya manusia diciptakan sebagai ciptaan Terhebat ALLAH SWT.. Diciptakan dari tanah jasadnya dan kembali kepada tanah apabila dijemput pulang PENCIPTANYA.. Diciptakan sebagai khalifah di dunia ini tetapi ternyata menghancurkan dunia sejak peristiwa Habil & Qabil.. Diberikan REZEKI TIADA TERBILANG BANYAKNYA tetapi kita terlupa untuk sujud padanya... YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHEEM, begitu cantiknya DIKAU menciptakan dan memberi namun hamba-hambaMU semakin angkuh setiap detik.. YA ALLAH, TUHAN YANG MENGUASAI LANGIT & BUMI... Ampunkanlah SEGALA DOSA2 KAMI & TUNJUKKAN KAMI KE JALAN YG BENAR & DIREDHAI KAMU.. Sesungguhnya ENGKAULAH PENGAMPUN DOSA DOSA BESAR... Ameen.. Al Fatehah...
Saturday, November 27, 2010
Friday, March 19, 2010
Wednesday, December 2, 2009
Saturday, October 31, 2009
Hujung minggu Amal,baba dan mama
Baba mengikuti kelas pengukuhan bersama CDM faridah..pendapatan CDM faridah RM150,000 sebulan...
Amal dengan motorsikal kak ngah
Dengan mama, berkelah dekat Pantai Pasir Tengkorak....
Takutnya....
Amal mula2 mandi laut..
Jomla pi tengah sikit baba...
Dengan baba pula...jom la baba mandi...
Possing dengan baba...
Pasni nak ajak adawiyah dengan Mat naufal ,Aziza pula mandi laut....
Possing terakhir sebelum balik...baba nak pi solat Jumaat pula...
Mama bawa amal pi garden pula...
Boring la mama...jom la main roller coster pula...
Bergaya dengan keta baru abang baby...grand livina
kak Ya bawa jalan2...